Friday 16 September 2011

INDO PEK

Semasa hampir sampai kepada dateline untuk melanggan Indo Pek, ibu dan bapa bersetuju untuk melanggannya.  Sudah sebulan lebih.

Bukan pasal apa.  Ibu sudah terlanjur suka menonton cerita 'Ketika Cinta Bertasbih.'  Ceritanya masih belum selesai dan berterusan.

Itulah yang best pasal bapaku.  Beliau akan sentiasa cuba membahagiakan ibu.  Jeles juga aku!

Wednesday 31 August 2011

HARI RAYA

Rina terlupa nak buat N3 awal. Lepas tu sudah terlalu sibuk pula. Jadi baru hari ini la dapat lepak dan buat ucapan ini.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Hari Raya memang dirayakan dengan suasana ceria oleh semua. Anehnya yang tak berpuasa lebih beriya-iya merayakannya.  :)

Wednesday 3 August 2011

PUASA RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama dengan bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Kedatangannya memang dinantikan kerana ganjaran pahalanya sungguh baik sekali untuk kita.

Semoga kita terus diberkati dengan umur yang panjang. Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan tahun in dengan lebih baik lagi dari sebelumnya. Amin, amin, amin.

SELAMAT BERPUASA

Wednesday 13 July 2011

BUDAYA INDON

Semakin ketara Malaysia menyerapkan budaya Indonesia ke Malaysia.  Begitu ramai orang Indonesia di Malaysiakan.  Mereka yang berkampung di pelbagai tempat diseluruh negara mendapat kerakyatan Malaysia.

Mungkin kerana menyedari hakikat ini, Astro sedang mempromosikan pekej perkhidmatan terbaharu yang dinamakan Indon Pek.  Matlamat utama tentulah komuniti Indon diselruruh negara.

Ada dua saluran baru dalam pekej baru ini.  Katanya, selepas ini semua sinetron Indonesia di channel 5 dan 6 akan dibawa ke dalam pekej perkhidmatan terbaharu ini.  Hanya siaran di Astro Ria akan dikekalkan.

Mungkin lebih baik begitu.  Biar kita jangan ikut-ikutan dengan budaya Indon.

Wednesday 29 June 2011

I AM A BLOGGER

Ramai kawan-kawan ajak join chatting and sharing thorugh blogging.  Dah postpone berhari-hari.  At last, today I am a registered blogger.

Friends have also warned that we are as free to express ourselves here.  So kena berhati-hati juga la kiranya.